09 August 2008

erm..

ths morning, i got information about my location crew assignment..haha..nk gelak pun ada..pening pun ada..mcm2 laa..erm..my current direct manager, Mr. Dave, is trying to keep me in ths crew..and, my own crew manager, Mr. Graham also want to keep me on the crew..both of them r fighting to get me! what laaa...yg jd mangsa guli aku..heh..saba je laa kan..sorg kata, no, i want to keep her here..yg sorg lg kata, no, i need her here..haih..at the end, mesti laa crew manager nye kuasa lg besar kan..haha..both of them said, because she's good, thats y we want to keep her..erm..bangga sekejap rasa..haha..tp pening laa gak..siap laa kene duskusi2 lg..haih..

"because u r too good, thats y we need u"..erm..syukur pd allah, kerana memudahkn segala urusanku..to me, i dont have any problem..no matter which crew im assign to, as long as i know what am i going to do, thats it..i do my job, u do urs...

so, im going back to my own crew tomorrow..moga Allah terus permudahkan segala urusanku..amien..

:: Ya Allah, berilah aku kekuatan utk aku menghadapi segala cabaran dan dugaan Mu ini..permudahkanlah segala urusan harianku..moga aku sentiasa d dlm perlindunganMu ya Allah.. ::

08 August 2008

08 08 08 ...

yeah..whats happend today? nice figure come again!~ huhu..

03 August 2008

Perkahwinan sejahterakan hati

DI antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih-sayang dan belas-kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. (ar-Ruum: 21)

Persoalannya, mengapakah semakin ramai golongan lelaki dan wanita bujang yang menolak perkahwinan? Kalau mungkin kerana tiada jodoh tidak mengapa. Tetapi yang lebih dibimbangi apabila mereka memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan atau tidak sanggup mengorbankan kerjaya.

Malah tidak kurang juga yang mengambil keputusan membujang kerana tidak pasti dengan kemampuan diri dalam mengharungi alam perkahwinan apatah lagi, dengan paparan kisah-kisah kerapuhan institusi kekeluargaan seperti pergolakan rumah tangga, penderaan emosi dan mental, perlakuan curang pasangan, campur tangan keluarga dan bebanan tanggungjawab yang tidak adil.

Wartawan, ZUARIDA MOHYIN dan jurufoto, KAMARUL SYAMZARI KAMARUDDIN menemu bual pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Wan Abdul Fattah Wan Ismail bagi mengupas persoalan ini.

UTUSAN: Apakah ‘kerugian’ yang akan dialami oleh mereka yang menolak perkahwinan (‘Uzuuf) dengan pelbagai alasan remeh-remeh, sedangkan diketahui akan kelebihannya di sisi agama?WAN ABDUL FATTAH: Menurut Syeikh Khalid Abdurrahman al-‘Ak, dalam kitabnya Adab al-Hayat al-Zaujiyyah, mereka yang menolak perkahwinan (al-‘Uzuuf) akan mengalami dua kerugian dan kemudaratan iaitu dari segi keduniaan dan agamanya (akhirat).Kerugian di dunia yang dimaksudkan di sini ialah jiwa sentiasa di dalam keluh kesah dan tidak tenteram. Ini kerana antara hikmah perkahwinan ialah menjadikan jiwa manusia dalam keadaan tenteram, tenang dan lebih teratur seperti mana yang dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Ruum ayat 21 di atas.

Sementara itu, Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin ada menyatakan: “Tidak akan sejahtera hati seseorang yang dikuasai oleh syahwat melainkan dengan perkahwinan, apabila hati dalam keadaan kecelaruan seseorang itu tidak mampu melaksanakan ibadat dan pekerjaan-pekerjaan lain dengan sempurna”.

Menolak perkahwinan juga akan mengalami kerugian di dunia iaitu tidak memiliki zuriat keturunan, kerana memiliki zuriat yang sah merupakan antara matlamat sesuatu perkahwinan. Apatah lagi, apabila mati seseorang anak Adam itu maka terputuslah pahala di dunia ini, melainkan tiga perkara antaranya anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu bapa mereka.

Seseorang juga akan mengalami kerugian dari sudut keagamaan (akhirat). Dengan menolak perkahwinan besar kemungkinan akan terjebak dengan kemungkaran atau dosa-dosa besar yang mengakibatkan mereka diazab dengan azab yang dahsyat pada hari pembalasan nanti seperti dosa zina, jenayah rogol dan seumpamanya.

Perkahwinan sebenarnya menjadi benteng berlakunya perbuatan-perbuatan keji dan sabda Rasulullah bermaksud: Wahai pemuda pemudi, barang sesiapa di kalangan kamu mampu untuk berkawin, maka berkahwinlah, kerana dengan perkahwinan akan dapat menundukkan pandanganmu (dari memandang maksiat) dan menjaga kemaluanmu (dari melakukan zina). Dan sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin maka berpuasalah, kerana ia akan menjadi perisai bagimu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bagaimana boleh dijelaskan kepada golongan yang belum berkahwin ini bahawa kesukaran dalam membina sebuah keluarga bahagia dan diredai itu adalah asam garam yang jika berjaya diatasi natijahnya begitu ‘manis’?

WAN ABDUL FATTAH: Pepatah Arab menyebut: “Kita tidak akan menuai hasil tanaman hari ini, selain daripada penat lelah pada semalamnya”. Sesuatu yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti susah sudah tentu akan membuahkan hasil yang baik pada masa akan datang.

Firman Allah: Dan orang-orang berjihad (untuk mencari keredaan) Kami, nescaya Kami benar-benar akan menunjuk jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang-orang yang berbuat kebaikan. (al-Ankabut: 69)

Begitulah juga dalam kehidupan berkeluarga, sekiranya kita sanggup mengharungi segala dugaan dan ujian dalam melayani kerenah pasangan dengan penuh kesabaran di samping mendidik dan mengajar mereka, nescaya akan kita kecapi kemanisan dan kebahagiaan yang sejati di kemudian hari.

Isteri yang bersusah payah melayani suaminya tanpa menghirau penat lelah, siang atau malam, semata-mata untuk mendapat keredaan suaminya, maka akan diberi ganjaran syurga oleh Allah. Sabda Rasulullah bermaksud: “Mana-mana isteri yang meninggal dunia dan suami reda kepadanya maka ia akan dimasukkan ke syurga.” (Riwayat al-Tirmizi).

Selain itu, suami isteri yang berkerjasama mendidik dan mengajar anak-anak supaya mereka menjadi anak yang soleh dan berguna kepada agama, bangsa dan negara, nescaya anak tersebut akan menjadi saham yang amat bernilai apabila berhadapan dengan Allah kelak.

Kenyataan ini bersandarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim seperti yang dinyatakan di atas.

Ini membuktikan betapa berbaloi penat lelah selama ini, dengan nikmat yang diperoleh di kemudian hari dan kesemua ini mustahil dapat dikecapi melainkan dengan kesabaran dalam melayari bahtera rumah tangga.

Apakah asas-asas persediaan yang perlu ada bagi bakal pengantin sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan supaya rumahtangga yang dibina mempunyai hala tuju yang seiring dengan kehendak agama?

WAN ABDUL FATTAH: Sebelum menempuh alam rumah tangga dan bergelar suami atau isteri, terdapat banyak perkara asas yang perlu diketahui dan dipelajari. Secara umumnya asas-asas persediaan yang perlu ada pada bakal pengantin ialah pengetahuan agama.

Kebijaksanaan pasangan suami isteri meningkatkan ilmu pengetahuan sudah tentu dapat dijadikan panduan menangani masalah yang berkemungkinan berlaku dalam rumah tangga. Penghayatan mengenai ilmu agama sudah tentu memberi persediaan dalam menghadapi cabaran.

Sebab itulah Islam menekankan asas utama pemilihan pasangan adalah dilihat dari segi agamanya, sabda Rasulullah bermaksud: Wanita (termasuklah lelaki) kebanyakan dikahwini disebabkan oleh empat perkara: kerana harta, keturunan, rupa paras dan kerana agamanya, maka pilihlah yang ada agama nescaya kamu akan beruntung. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Perkara ini disokong Dr. Muhammad Uqlah selain perkara-perkara seperti mempunyai pekerjaan atau sumber ekonomi bagi menyara keluarga dan lain-lain.

Sabda Rasulullah lagi: “Sesiapa yang mengahwini isteri kerana kedudukannya, tiadalah Allah tambah kecuali kehinaan, sesiapa yang menikahi isteri kerana hartanya, tiada ditambah oleh Allah kecuali kefakiran, tetapi sesiapa yang berkahwin kerana ingin menunduk pandangannya menjaga kehormatannya atau menghubung silaturahim Allah akan memberkati keduanya.” (Riwayat Imam al-Tabarani)

Mengapakah kesucian perkahwinan semakin dipandang serong oleh sesetengah orang?

WAN ABDUL FATAH: Sememangnya terdapat sesetengah pihak memandang serong kepada kesucian perkahwinan sehingga ada yang sanggup membujang hingga ke akhir hayat. Keadaan ini berlaku kerana beberapa faktor terutamanya kerana kecetekan ilmu dan kejahilan mengenai matlamat, tujuan dan hikmah perkahwinan itu sendiri. Di sebalik pensyariatan perkahwinan, terdapat hikmah-hikmahnya tersendiri yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan kepada manusia.

Antaranya seperti yang disebut dalam kitab Fiqh al-Manhaji, perkahwinan adalah bertujuan untuk memenuhi tuntutan fitrah semula jadi manusia iaitu keinginan memiliki zuriat dan tuntutan syahwat.

Islam sebagai agama fitrah, menyahut tuntutan ini dengan menggariskan peraturan-peraturan yang jelas bagi memastikan keinginan tersebut dapat dipenuhi dengan cara syarie iaitu melalui perkahwinan.

Terdapat sesetengah agama melarang rahib-rahibnya daripada berkahwin dengan alasan untuk mendekatkan lagi hubungan dengan Tuhan. Fahaman ini berlawanan dengan fitrah semula jadi yang ada pada manusia dan akhirnya ia akan menyebabkan berlakunya perzinaan.

Oleh kerana itulah Rasulullah menengah umatnya dari meninggalkan sunah perkahwinan sekalipun mereka daripada ahli ibadat. “Sesungguhnya Rasulullah menegah al-tabattul iaitu meninggalkan perkahwinan dengan tujuan memberi penumpuan kepada ibadat.” (Riwayat al-Tirmizi).

Perkahwinan juga dapat membendung dan mengawal dari berlakunya keruntuhan akhlak dan moral masyarakat. Sekiranya syahwat tidak dapat dipenuhi secara syarie maka zina, rogol dan seumpamanya akan dijadikan alternatif. Perzinaan dan jenayah rogol memberi kesan yang amat besar kepada masyarakat kerana hasil daripada itu akan tersebarnya penyakit di dalam masyarakat seperti HIV, pembuangan bayi, pembunuhan dan sebagainya.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila telah datang kepadamu (meminang) mereka yang baik dari segi agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah mereka. Sekiranya kamu tidak melakukannya (menolak pinangan tersebut atau tidak ingin berkahwin sedangkan mempunyai kemampuan) maka kamu akan mengundang fitnah dan kerosakan pada dunia.” (Riwayat al-Tirmizi).

Perkahwinan akan menjadikan masyarakat lebih teratur dan memberi ketenangan dan ketenteraman dalam hidup seperti firman Allah dalam surah al-Ruum.

Selain itu, terdapat pihak yang hanya melihat beberapa kes yang melibatkan keganasan dan keruntuhan rumah tangga. Namun dalam waktu yang sama mereka memejamkan mata daripada melihat jutaan keharmonian dan kedamaian hasil dari perkahwinan serta dapat banyak menyelesaikan permasalahan sosial dalam masyarakat. Keruntuhan rumah tangga berlaku kerana kelalaian pasangan yang tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar dan tidak memahami matlamat berumah tangga iaitu cuai melaksanakan tanggungjawab di dalam keluarga.

Apakah kesannya sekira umat Islam yang bujang ini tidak lagi berkeyakinan kepada institusi perkahwinan?

WAN ABDUL FATTAH: Menurut kitab Nizam al-Usrah fii al-Islam, sekiranya umat Islam memilih membujang ke akhir hayat kerana takut berdepan dengan alam rumah tangga, sebenarnya ia memberi kemudaratan yang amat besar kepada agama, akhlak atau nilai diri, masyarakat dan ekonomi. Kemudaratan dari sudut agama bermaksud apabila seseorang itu menolak perkahwinan maka mereka akan memilih jalan lain bagi memuaskan hawa nafsu iaitu terjebak dengan perbuatan zina, rogol dan seumpamanya. Ketahuilah zina akan menghapuskan kemanisan iman, mengotorkan hati dan menghapuskan kejernihan pada raut wajah. Sabda Rasulullah yang bermaksud: Berwaspadalah kamu dari perbuatan zina, kerana pada zina itu ada empat kecelaannya: menghilangkan cahaya pada muka, menyekat keberkatan rezeki, terputus daripada kasih sayang Allah dan penyebab untuk ia kekal di dalam neraka buat selamanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Menolak perkahwinan juga akan menyebabkan kemudaratan kepada akhlak dan moral. Mereka akan melakukan zina dan rogol bagi memenuhi kehendak nafsu dan terkeluar daripada prinsip akhlak dan kemuliaan seorang manusia. Sebaliknya bersikap seperti binatang yang tidak berakal. Keadaan ini boleh menjatuhkan kemuliaan manusia yang dianugerahi oleh Allah dan bertukar kepada kehinaan yang lebih dahsyat daripada darjat haiwan.

Kemudaratan kepada masyarakat hasil memilih jalan membujang ialah akan menyebabkan institusi kekeluargaan menjadi lemah disebabkan tidak ada zuriat yang berkualiti dilahirkan sebaliknya anak-anak hasil perzinaan jauh daripada pendidikan dan belaian kasih sayang.
Anak-anak yang dilahirkan tanpa kasih sayang dan pendidikan yang mantap akan menyebabkan mereka tidak mampu memikul tanggungjawab sama ada pada agama, bangsa atau negara.
Apabila akal manusia menjadi lemah disebabkan tekanan dalaman untuk berkahwin, namun dia menolak desakan jiwa kerana keegoaan dan hilang keyakinan terhadap perkahwinan akan menyebabkan tidak dapat memberi tumpuan sewajarnya kepada apa-apa pekerjaan yang dilakukannya. Hasil dari keadaan tersebut akan memberi kesan besar kepada pembangunan ekonomi dan negara.

Menolak perkahwinan bererti kita melawan fitrah semula jadi yang Allah jadikan kepada manusia dan sekiranya manusia melawan fitrah ini. Ia akan membawa kepada kemusnahan mereka sendiri. Rasulullah dan nabi-nabi juga berkahwin kerana tuntutan fitrah sedangkan mereka mampu untuk mengawal nafsu syahwat sekalipun tanpa berkahwin, bagaimana pula manusia lemah seperti kita.

Rasulullah menegur kepada mereka yang tidak mahu berkahwin kerana ingin menumpukan kepada ibadat semata-mata dalam hadis yang bermaksud: Akan tetapi aku juga bersolat, aku juga tidur, berpuasa, berbuka dan juga mengahwini wanita, barang siapa yang berpaling (menolak) dari sunahku maka ia bukan dari umatku. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

31 July 2008

err..

err..x tau apa word yg patut d gunakan utk describe my situation skrg nih..

confuse? unknown? undescribe? worried? headache? unbelieveable? speechless? pity? sober? fear? wonder? surprised? sick? angry? crying? thinking? sigh? aaarrrgghhhhhh! i hate ths feeling!!!

Ya Allah, berilah aku kekuatan utk menghadapi hari2 mendatang..moga kau permudahkan segala urusan ku ya Allah..moga aku sentiasa d dlm perlindunganMu..jauhkanlah aku dr malapetaka yg berbahaya..sesungguhnya hanya pd Mu tempat ku memohon pertolongan dan perlindungan..aku yakin pd Mu ya Allah, setiap sesuatu yg berlaku itu pasti ada hikmahnya..aku bersyukur d atas apa yg telah kau rencanakan pd hidup ini ya Allah..moga aku terus d beri kekuatan, ketabahan dan ketenangan dlm hidup ini..amien...

::sesungguhnya kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya...kerana Dia maha mengetahui::

29 July 2008

erk?

Daisypath Wedding Ticker

::moga dpermudahkan segalanya..insya Allah::

27 July 2008

2 different stories!

alhamdulillah..
just got email from crew supervisor, saying that my promotion will b effective by 1st August 2008! alhamdulillah..syukur pd Mu ya Allah..hehe..kira ogos ni dpt gaji br! yeehaaa..best2..hehe.x tau nk ckp mcm mana..penantian sebulan berakhir..hik3..waiting for the process n evrythg..yeay! alhamdulillah..berkat doa mak, doa keluarga dan semua...whew..satu kepuasan dlm dunia pekerjaan..bila dpt promotion, bila pay rise..hehe ;)


surprised!
erm..x tau laa nk kata mcm mana..tp..itulah dia..kejutan yg sgt terkejut...haha..i have to tune my mind setting, have to prepare evrythg...even it just will be earlier few months, but still the word is *early*..huk3..out of the blue, he suddenly request that from me..hmm..just wait n see..whats next..masih ada 5 bln utk tempoh bertenang..b4 we need to strike out for that..insya Allah, moga d permudahkan sgalanya...amien..

:: syukur d atas dua berita ini..alhamdulillah ::

23 July 2008

err... ? ? ?

hmm..rasa nk menulis.tp x tau apa yg nk d tulis..can i say again, its undescribe? err...whew!

moga Allah permudahkan sgala urusan harian ku...dan murahkan rezki ku..moga aku sentiasa dlm perlindunganNya..amien..

:: u n k n o w n ? ::